Reaksi tokoh Pilihan_raya_kecil_Kuala_Berang_2004

Mahathir Mohamad

Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) akan mendapat kemenangan besar pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kuala Berang pada 28 Ogos 2004. Bekas Perdana Menteri itu berkata, pada pilihan raya umum lalu rakyat Terengganu telah menolak Pas kerana parti tersebut telah membuat pelbagai tafsiran salah. Bagaimanapun, katanya, jentera BN tidak boleh leka berasaskan kepada kemenangan besarnya pada pilihan raya umum lalu dan perlu bekerja kuat untuk memastikan kemenangan memihak kepadanya.

Hishammuddin Hussien

Menteri Pelajaran pada ketika itu, Datuk Hishammuddin Hussien menyatakan sokongan padu kepada Calon Barisan Nasional, Mohd Zawawi Ismail semasa Kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu.

Idris Jusoh

Menteri Besar Terengganu pada ketika itu, Dato' Seri Idris bin Jusoh menghadiri Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya pada Kempen Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang, Terengganu.

Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi Awang berhasrat agar Kerusi DUN Kuala Berang dapat dirampas untuk menambahkan ahli pembangkang di Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Najib Razak

Najib Razak telah menyatakan sokongan penuh terhadap calon BN yang telah diberi kepercayaan untuk menggondol kerusi DUN Kuala Berang dan turut sama menyertai Kempen Pilihan Raya Kecil Kuala Berang 2004 di Kuala Berang.